Trusted Travel Agent

Assalamualaikum,

Hari ni Shida nak share macam mana nak pastikan Travel Agent tu dipercayai atau tidak. Yelah, zaman sekarang ni banyak sangat penipuan berlaku. Paling banyak kita dengar mengenai rombongan Umrah dan Haji yang ditipu oleh travel agencies. Nauzubillah himinzalik.. Di sini Shida ada salin Tips peringatan dari Kaki Melancong. Jom kita baca untuk peringatan bersama.

1) Semak travel agensi berlesen

Gunakan kemudahan menyemak senarai agensi travel laman web kementerian pelancongan http://www.motac.gov.my (Search: BAHTERA KEMBARA HOLIDAYS SDN. BHD. State: Kelantan. Guna kemudahan semakan yang disediakan untuk memastikan kita berurusan dengan agensi yang sah. Jika tiada dalam senarai larilah cepat-cepat supaya kita tidak tertipu.

Satu lagi diingatkan ada syarikat yang hanya berdaftar dengan Suruhanjaya Sayarikat Malaysia (SSM) tetapi tidak dengan dengan Kementerian Pelancongan.

Mereka ini masih perlu mendapatkan lesen Kementerian Pelancongan kerana pendaftaran di SSM hanyalah untuk tujuan pendaftaran perniagaan sahaja.



2) Bayar menggunakan Akaun Company

Diingatkan bahawa zaman sekarang orang boleh gelap mata bila tengok duit banyak depan mata walaupun duit tu duit kawan sendiri. Oleh itu, pastikan anda masukkan deposit atau bayaran penuh terus ke dalam akaun semasa syarikat, bukannya akaun persendirian kerana zaman sekarang travel agent pun ada yang melantik orang luar menjadi sales team mereka, contohnya macam Shida, hehe.. So, pastikan korang masukkan duit ke dalam Akaun Semasa Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd bukannya akaun Persendirian ya .. ^_^

3) Minta resit bayaran

Resit bayaran adalah bukti kita telah buat bayaran dan pihak agensi pelancongan telah menerima bayaran dari kita. Minta walaupun wakil pakej pelancongan agensi tersebut adalah rakan kita. Ada orang boleh gelap mata bila tengok duit banyak depan mata walaupun duit tu duit orang lain.

Jika anda berurusan dengan wakil syarikat semak juga dengan agensi tersebut samada mereka memang wakil yang sah. Kebiasaannya wakil syarikat akan dibekalkan dengan buku resit untuk terima bayaran bagi pihak syarikat.

Pastikan resit tertera nama syarikat termasuk nombor pendaftaran dengan kementerian pelancongan, alamat serta nombor telefon. Jangan lekas percaya jika resit mereka adalah resit yang boleh dibeli di kedai stationery.

4) Semak komen di media sosial

Kebanyakan agensi pelancongan mempunyai follower mereka di media sosial seperti di Instagram, Facebook, atau Twitter.

Gunakan kemudahan media sosial ini untuk semak samada agensi pelancongan yang kita berurusan menerima bayak komen negatif.

Komen-komen menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kes pembatalan dan pemulangan yang berulang-ulang tanpa sebab yang munasabah sangat meragukan.

Tak ada pakej pelancongan yang betul-betul sempurna.

Kadang-kadang terjadi kelewatan atau jadual di tunda akibat masalah cuaca atau sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Kes seperti ini biasanya pihak agensi pelancongan yang berwibawa ada back up plan mereke sendiri.

5) Semak dan hubungi testimony jika anda masih rasa sangsi.

Walaupun tak semua nombor telefon dipaparkan atas dasar privasi, tak salah anda minta nombor telefon pelanggan terdahulu untuk dibuat rujukan. Kita bayar beribu mesti nak puas hati dengan apa yang kita bayar betul tak?

Jika mereka jujur pasti dengan senang hati agensi pelancongan tadi berikan kepada anda.

P/s: Bukan tak nak bagi, tapi kalau kita sendiri pun, pasti rasa terganggu kalau dihubungi orang yang tak dikenali. Jadi Shida cadangkan semak Facebook page official HQ sendiri untuk kepastian.
Untuk pengetahuan, sebelum Shida jadi Sales Team BKH ni, Shida tengok kawan baik Shida sendiri, Suzila Sabri dua kali menggunakan khidmat Bahtera Kembara Holidays ni, sebab tu Shida yakin untuk jadi agent sah Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd. Lagipun Shida faham, bukan mudah untuk dapatkan kepercayan orang, jadi Shida join Kursus Pemantapan sebagai Agent Sah BKH yang diadakan baru-baru ni untuk mantapkan ilmu mengenai travel agent ni. Malah Boss sendiri yang sampaikan pengisian Kursus tersebut. Alhamdulillah, Boss pun bagi komitmen, apatah lagi Office team.

6) Simpan segala dokumen dalam sebuah fail

Setiap bayaran, resit yang kita buat harus di kumpul dan dimasukkan ke dalam fail. Biar ikut turutan supaya mudah kita rujuk semula.

Jika kita main campak dokumen seperti resit dan terlupa nak simpan semula. Jangan masuk dalam poket baju atau seluar kerana kedua-dua item ni kita selalu masukkan dalam mesin basuh. Kalau dah masuk mesin basuh kertas tersebut akan hancur dan kita telah tiada bukti untuk dibuat rujukan.

7) Bincang buat bayaran berkala

Ini adalah salah satu cara kita tak rugi banyak jika nak terkena sekali pun. Bayar duit booking kebiasaannya adalah sebanyak RM500. Selepas itu agensi pakej pelancongan akan meminta bayaran kedua dan bayaran akhir apabila tarikh penerbangan makin hampir.

Saya pasti bayaran tersebut untuk urusan tempahan tiket dan penginapan. Minta kepastian sebelum buat bayaran. Jika ia untuk tempahan tiket kapal terbang minta bukti selepas beberapa hari untuk salinan itinerary syarikat penerbangan tersebut.

Jangan percaya jika mereka katakana tiket penerbangan akan diberikan seminggu atau sehari sebelum berlepas. Ia sangat bahaya kerana hati kita akan jadi tidak tenang mengingatkan urusan penting yang belum selesai.

Jika mereka berdolak dalik selepas anda bayar jumlah yang diminta baik jangan teruskan bayaran seterusnya. Risiko untuk kita ditipu di sini sangat tinggi kerana sebaik anda selesai bayar silap-silap agensi yang anda berurusan tidak dapat dihubungi lagi.

Jika anda lihat kesemua perkara yang saya tulis ni rata-rata kita sendiri pun memang dah alert. Cuma kadangkala bila tengok pakej murah-murah dan tempat tu memang kita teruja nak pergi memang ramai yang sanggup ambil risiko.

Buatlah kira-kira mudah dulu sebelum kita tertipu dan ikut panduan yang saya tulis di atas sebagai langkah berjaga-jaga.


#travelmurahmurah
#bahterakembaraholidays
#teambahterakembaraholidays


Comments