Pakej ke Seoul Bajet dan Selesa. Wajib anda cuba..


Ramai sangat yang mintak Pakej ke Korea. Dan ramai jugak yang buat Pakej Korea ni. Tapi kali ni BKH ambil peluang jugak untuk buat Pakej Korea ni. Sebelum terlupa, terima kasih kepada yang dah pernah ambil pakej dari kami Bahtera Kembara Holidays (BKH) ataupun dari mana-mana wakil Jualan kami di seluruh Malaysia.

Bila kami meneliti satu per satu Pakej-Pakej yang sedia ada dalam market, baru lah kami tahu rupanya banyak jugak keluhan dari customer yang dah pernah ikut trip . Memang lihat pada gambar semua best-best.

Tapi Bila kawan tanya mesti cakap "Wei tak payah lah pergi dengan pakej dia, penat sangat wei, datang dengan beg besar dari Malaysia, tengok sampai korea kena naik Train plak, Bilik air pun kongsi, tidur pun dekat ruang tamu atas tilam ataupun toto" Itulah antara keluhan orang yang dah pernah ikut serta.

Lagi teruk kalau sampai sana tiba-tiba ada surcharge macam-macam. Nak tak nak korang kena bayar jugak sebab dah sampai. Dah lah bawa duit cukup-cukup jer. Duit tu plak hasil menabung masa sekolah menengah dulu lagi. Hehehe


Kepada yang berhajat untuk ambil pakej dari Kami Bahtera Kembara Holidays, anda wajib untuk baca sampai habis.

Bila kami dapat komen-komen dari customer yang dah follow trip dari orang lain. Jadi kami nampak Beberapa Masalah yang timbul untuk menambah baik pakej kami untuk anda. Dan kami berikan penjelasan lengkap pada anda supaya anda tidak tertanya-tanya dan terkejut bagaimana perjalanan trip ni. Betul?

Trip Percutian Ke Seoul Korea yang kami sediakan ini adalah berkonsep "Backpacker", apa yang dimaksudkan dengan backpacker tu? Maksudnya Perjalanan dalam trip nanti kita akan Guna Public Transport, antaranya Taxi , Train, Bas dan juga ferry untuk ke Nami Island . Kita akan bergerak pun dalam jumlah yang sedikit. Tidak lebih dari 25 Orang.

Kenapa kita buat jugak konsep backpacker ni? Sebab nak berikan harga yang rendah kepada anda. Ramai yang nak travel dan lihat tempat orang tapi duit tak cukup sebab pakej terlampau mahal. Ambil yang murah plak tapi tiba-tiba tak selesa, Biasalah kan Pakej Murah. Nak kata pakej kami ni murah takda lah murah.

Rasanya harga Pakej kami ni lebih tinggi dari orang lain. Sebab apa tinggi dari orang lain? Sebab kami ada apa yang orang lain takda.


Jom baca penjelasan pakej sebenar..

Flight Air Asia

Pakej yang BKH sediakan adalah Pakej sudah termasuk dengan Tiket Penerbangan Pergi dan balik dari Kuala Lumpur International Airport 2 ( KLIA2) ke Seoul, Korea ( ICN).  Ada jugak pakej yang Ground sahaja. Kalau date korang tak sesuai dengan date kita bagi. Korang boleh ambil Pakej Ground sahaja dan Tiket anda boleh buat sendiri.

Tapi make sure kena bincang dulu dengan kami kalau nak date sendiri dan masa sendiri. Supaya kami boleh susun perjalanan krew di Korea. Pakej yang kami dah masukkan dengan Tiket Flight tu adalah Flight Airasia.

Bila sebut je Airasia korang kena tahu itu adalah Syarikat Penerbangan Murah, dalam harga yang korang bayar tu memang hanya semata-mata tiket sahaja (Basic Ticket+ Airport Tax). Macam Flight lain mungkin dia dah bagi Luggage 25kg-30kg untuk korang masukkan beg dalam Perut kapal terbang, ataupun ada jugak yang siap-siap bagi meal dalam flight yang melebihi 1 jam perjalan.

Tapi tidak bagi Airasia, korang kena tambah sendiri luggage tu ataupun Makanan yang korang nak makan.

Setibanya di Airport Seoul ( ICN) , Staff dari Bahtera Kembara Holidays yang menetap disana akan tunggu anda dan rombongan. Tiba di airport, anda akan dibawa terus ke penginapan iaitu Hotel menaiki Limousin bas .

Selalunya pakej-pakej dari beberapa company yang lain mereka akan bawa anda menaiki Train ke tempat penginapan, Keadaan menjadi sukar bila anda bawa beg yang besar dari Malaysia. Jadi kami sediakan bas untuk anda. Tak payah nak berasak-asak dalam train, ada juga diantara mereka juga gunakan rumah tumpangan ( Guest House) sebagai tempat menginap.

Toilet terpaksa kena kongsi dengan orang yang satu rumah. Mungkin ada yang tidur atas Sofabed dan lain-lain lagi. Dengan kami anda akan dapat bilik yang dua orang sebilik ataupun boleh juga nak duduk tiga orang sebilik. Dalam setiap bilik ada private bathroom. Jadi anda hanya perlu kongsi dengan pasangan sahaja.

Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik Katil besar ini untuk dua orang sebilik. Sesuai untuk suami dan isteri. Bilik ni boleh juga dijadikan untuk orang yang memilih duduk berseorangan

Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik ini untuk Dua Orang sebilik.

Bilik ini pula untuk Orang yang datang tiga orang, Boleh duduk tiga orang sebilik.

Nak basuh baju pun boleh 

Ruangan Tempat makan yang selesa.

Bagi yang risau dengan Makanan Halal, Anda tak perlu risau sebab Krew yang berada disana akan bawa anda ke tempat makan yang halal dan akan berikan panduan kepada anda untuk memilih makanan yang halal yang berasaskan makanan Laut seperti ikan, udang, sotong, nasi.

Walaupun disana mostly tiada Cop Halal seperti Jakim di Malaysia tapi kami agak menjaga hal-hal tersebut sebab ianya menjadi darah daging kita. Ada juga yang tanya kita, kenapa BKH tak buat pakej sekali makan? Sebelum ni ada kita buat sekali makan.

Tapi bila sampai dekat sana, Ada yang tak kena dengan seleranya dan tak nak makan. Membuatkan kita terpaksa order mengikut apa yang dia nak. Sedangkan kita sudah awal-awal lagi order makanan mengikut bajet. Lebih selamat dan selesa, kami berikan kebebasan kepada anda untuk makan ikut bajet anda dan ikut citarasa anda.

Bagi anda yang nak jimat, anda boleh lah bawa makanan pack dari mana-mana keluaran seperti Brahim Catering ada dijual dekat Mall di Malaysia. Sebab dekat penginapan nanti ada kemudahan dapur untuk anda masa makanan anda sendiri untuk dibuat bekal ataupun dimakan terus.

Dari segi kelengkapan dapur, kami gunakan kelengkapan dapur sendiri, Kuali, periuk, pinggan, sudu dan lain-lain supaya tahap kebersihan alatan dapur itu terjamin bersih dan suci.



Pinggan Mangkuk Kuali yang disediakan untuk memudahkan anda memasak jika perlu

Sepanjang lawatan di Seoul, anda akan bersama-sama dengan crew kami disana untuk melawat tempat-tempat menarik dengan Menaiki Public Transport seperti Train dan Bas. Kita akan menaiki train ketika kita melawat sekitar City kerana ia lebih mudah untuk sampai ke destinasi yang sukar bagi bas pelancong untuk sampai.

Suka kami ingatkan keadaan muka bumi di Seoul agak berbukit, jadi akan banyak kita turun dan naik bukit untuk sampai ke tempat lawatan. Untuk Ke Nami Island dari Hotel kita akan naik bas, taxi dan ferry. Semua Kos pengangkutan sudah dikira dalam harga Pakej yang anda sudah bayar..

Bagi anda yang ada rasa nak explore sendiri tempat lawatan dan shopping. Kami akan berikan masa juga kepada anda untuk explore tempat yang berdekatan dengan penginapan dan akan ajar anda macam mana untuk ke tempat dalam jarak "walking distance" ataupun naik train.

Untuk menjamin keselamatan anda semua disana. Kami suggest anda untuk ambil Travel insurance diri anda, jika ada berlaku kejadian tidak dingini anda sudahpun dilindungi oleh Skim perlindungan untuk merawat kos-kos yang terlibat.



Kita tidak tahu bila Tuhan nak duga kita. Tapi kita mampu bersedia bila dugaan itu tiba. InshaAllah semua selamat dan enjoy dalam Trip korea ini.



Sebarang pertanyaan tentang trip ini anda boleh



KLIK SINI - Whatsapp Shida



untuk keterangan harga & musim pakej sila klik sini

untuk keterangan kaedah pembayaran cash,kredit card & ansuran bulanan klik sini

Comments