Persediaan Barangan untuk Bercuti ke Pulau


Assalammualaikum Island Lovers...



Island Lovers? Sesuai sangat untuk Shida, hihi.. Suka sangat mandi manda dari kecik, tapi tak pandai berenang, sedihh.. 

Shida nak share persediaan Shida untuk ke Pulau Perhentian 28 April ni.. jeng jeng jeng..

Perkara Pertama - Bagpack

Kalau ke Pulau ni anda perlu fahami satu.. Perlu menaiki boat/ferry untuk ke Pulau atau tidak? Ada pickup boy atau tidak? bentuk muka bumi kawasan pulau pula bagaimana? Jadi untuk ke Pulau Perhentian kami tidak mengalakkan anda membawa beg tarik/trolley bags atau lebih senang lagi BEG Akademi Fantasia tu, SEBAB? Perhentian tak ada laluan pejalan kaki...xde pickup boy.. xde motor pon nk angkut beg korang.. yang hado PASIR yo la, dr turun boat smpai ke pintu bilik korang.. jd bawaklah bagpack supaya senang dipikul..  Yang jadi special untuk kami, kami pi daytrip je, so bawak beg kecik je pun boleh..

Kasut getah/ slipers/flipflop/crocs
Khas untuk aktiviti air, pakai terus dari rumah pun okey. Pakai crocs shoes highly recommended! sebab Pulau Perhentian-turun je terus kat air, jalan atas pasir. Jangan pulak pakai higheels or wadges pulak, naye! haha.. Nanti susah nak jalan atas pasir. Kalau boleh bawa lebih sepasang pun takpe... untuk yang ada anak kecil, sila pakaikan sandals stripped atau crocs. Kasut-kasut adalah tidak digalakkan sama sekali. Kene air basah, kepam dan berat...

nanti dah sampai boleh la ambil gambar ala-ala gini..

Makanan ringan
Bagi anda yang memang suka mengunyah, boleh bawa bekal Jajan dari rumah siap-siap kerana di Perhentian harga agak mahal rm1 or rm2 mcmtu..barang-barang pun kene naik boat kan..bukan kita je yg perlu bayar ticket boat untuk ke Pulau Perhentian..selain jimat duit, anda juga boleh jimatkan kos makanan..cth bawa roti & tuna, milo 3 in 1.. yg mana ambil free & easy package tu boleh jimat dahhh.. xperlu breakfast kat kedai, tak gitu? Makanan yg dicadangkan adalah seperti, roti, tuna tin, kaya, milo 3 in 1, kopi 3 in 1 dsb, coklat bar, air kotak, air mineral, keropok utk kunyah serta gula-gula berangin kot-kot mabuk masa snorkelling atau naik boat.

Toiletries
Tidak semua chalet menyediakan peralatan ini. Sila bawa barangan mengikut keperluan peribadi anda. Kalau daytrip lagi la kena sediakan semua kan, huhu..

Contoh :
  • Towel Mandi
  • Berus gigi
  • Ubat gigi
  • Pencuci Muka
  • Sabun Mandi
  • Shampoo (lps mandi air laut harus shampoo if not melekit)
  • Conditioner

Pastikan dlm size kecil je sudahla, nanti berat pula nak berangkut beg. huhu..

Tudung (ibu/anak)
Sekurang-kurangnya 2 helai untuk setiap ibu dan anak,  1 helai utk aktiviti air, 1 helai untuk balik. 

Tips: biasanya pakaian yang dipakai di laut akan mudah mereput selepas itu kerana air masin. Jadi jimatkan pakaian untuk dibawa ke laut.

Pakaian
Ini adalah cadangan pakaian yg perlu anda bawa. Sila abaikan jika anda tidak memerlukannya.

Lelaki
Boardshort/seluar & Tshirt/shirt pendek 3 helai (1x pakai untuk mandi laut - lepas mandi terus bilas n jemur..esoknya boleh pakai lg) (1x helai untuk pergi dan balik pulau) (1x untuk pakai waktu makan malam)

Wanita
Track bottom atau muslimah swimming suit, Sama seperti lelaki tetapi mengikut kesusuaian pemakaian anda. Tips makan malam di perhentian island biasanya mereka suka memakai dress dan pakaian yang agak cantik sikit.. sebab sana ada tempat untuk bersenggang di Long Beach yang Cantik dan kawasan kincir angin yang seriously korang akan rugi kalau x naik..
**Jeans tak berapa digalakkan sebab panas nanti (bawak seluar khakis lagi selesa)

Sunblock
Pastikan cari yang 130 untuk yg nak berada di bawah matahari di kawasan pantai untuk mengelakkan sun burn! kalau taknak pakai pun takpe. Tiada masalah.


Yang ni aci tak? Hahaha.. Mana ada je.. Cousin sponsered ^_^


Air mineral
Kalau boleh bawa dari darat sebab kat sana agak mahal sikit. Bak kata Cik Tia Manis_BKH, Harga kat sana murah sikit je dari Pavillion. Hahaha.. Khas untuk yang ada anak kecil yang nak bancuh untuk buat susu tolong bawa semua yang patut untuk baby comel anda :) thermos untuk simpan air panas paling penting.

Beg kalis air
Kalau nak pergi aktiviti snorkeling, ha elok bawa. Lagi lagi yang nak bawa camera atau mobile phone sepanjang perjalanan di laut.

Ubat-ubatan
Elok sediakan untuk anda dan anak-anak dikhuatiri jatuh sakit ke..muntah-muntah ke.. demam ke...alahan ke boleh la kita makan ubat sementara nak ke klinik..

Lain-lain
  • Charger telefon Penting untuk di bawa!
  • Tips : bawak plug adaptor
  • Roti  Kalau nak bg ikan mkn masa snorkeling :)
  • Topi
Yang lena kat belakang tu kena tinggal, huhuhu...
  • Plastik untuk baju basah. Tips: sebelum memasukkan barang didalam bagpack, sila masukkan barangan anda didalam satu plastik sampah yg besar dan tebal kemudian tutup bahagian atasnya baru masukkan kedalam bagpack. Ini bagi mengelakakn barangan didalam bag anda basah akibat tempias ombak laut atau air hujan.
  • Telekong/ sejadah kecil
  • Pad/tampoon/panty liner
  • Sikat/bedak
  • Pelembab bibir
  • Deodorant
  • Lotion untuk hindar nyamuk/mosquito repellent
  • Jarum dan benang (Manalah tahu anda over lasak lompat sana sini nak bergambar sekali opsss terkoyak seluar sudaaa ke kan..) =D
  • Lotion badan
  • Tisu lembab/ Tisu kering
  • Sunglassess
  • Extra plastic simpan baju kotor

Tambahan senarai untuk yang ada baby atau toddler
  1. Pampers pakai buang
  2. Susu tepung
  3. Botol susu
  4. Pencuci dan berus botol susu
  5. Makanan bijirin bayi
  6. Thermos air panas (yg kecil pun ok)
  7. Bantal baby
Selamat Bercuti Korang.. Eh, Doakan kita Happy2 kat Perhentian.. Enjoy the vacation.. ^_^


Comments