CHECK POINT PAKEJ CAMERON DAYTRIP

Assalamualaikum. Hari ni Cik Shida nak story sikit untuk pakej Cameron Highlands. Suka ke suka? huhu..

Peringatan awal ya untuk tetamu-tetamu kita, trip ini bergerak lewat malam dan mengikut itinery. Pastikan tak silap hari ya kengkawan. Huhu..

Setahu Cik Shida la kan, Cameron Highlands adalah pakej di mana tetamu nak berjanam-janam-janamm di tanah tinggi, so korang jangan lupa bawa camera, go pro, monopod, tripod bagai.. hihi... tak lupa jugak sweater dan bantal yg comel bersama selimut yang tebal & saiz sederhana tau supaya tak sejuk dalam bas nanti.

Check Point 1 : RTC GOPENG
Di check point pertama ni, para tetamu perlu mandi di sini untuk bersih, sihat, dan kelihatan cantik, harum serta manis at least gosok gigi sebab kat atas sangat sejuk dan tak sesuai untuk mandi beramai-ramai.

Check Point 2 : MASJID KG RAJA
Di sini merupakan tempat persinggahan solat dan sarapan. Sarapan dah termasuk dalam pakej. Tetamu akan dibekalkan Nasi lemak yang lazat bersama Teh O panas. Yummih!





Check Point 3 : LAVENDER GARDEN
Taman Lavender ini terletak di antara Tringkap dan Kuala Terla, 4 kilometer dari Brinchang. Menjadi antara tarikan terbaru di Cameron Highlands, taman ini dipenuhi bunga-bunga lavender dan pelbagai jenis bunga lagi. Bertemakan pemandangan luar bandar di Eropah, taman ini turut mempunyai kafe mereka tersendiri dimana anda boleh dapatkan minuman dan makanan berasaskan lavender. Jangan lepaskan peluang merasai Aiskrim Lavender yang unik di sini.

Kat sini kita berikan masa 1 jam sahaja untuk shopping. Harga tiket masuk terkini ialah RM10 (dewasa) dan RM8 untuk kanak-kanak. Tiket ni tak termasuk dalam pakej ya, so korang kena ready duit siap-siap. Yang penting kat sini memang cantik dengan pemandangan bunga Lavender dan bunga-bunga dari spesies lain juga.
Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands Waktu beroperasi: 9 pagi hingga 6 petang
Bayaran masuk: RM10 (Dewasa) | RM8 (Kanak-kanak)










Check Point 4 : Ee Feng Gu Bee Farm | FREE Admission
Tempat di mana tetamu diberikan masa untuk shopping kat kedai bee farm sementara kita tunggu pertukaran bas sekolah sebab bas Bahtera Kembara Holidays tak dapat naik ke atas. Jarak Bee Farm ni dari Lavender Garden adalah dalam 5.3 km iaitu lebih kurang 8 minit perjalanan menaiki kenderaan.

Kemudahan dan tarikan yang disediakan di Ee Feng Gu Bee Farm:
  • Indoor Maze (ada bayaran)
  • Pasar Sayur-sayuran
  • Kolam Ikan Koi
  • Shopping Gallery
  • Mini Muzium
  • 2 Open-air Cafe
  • Tandas (RM0.30/entry)
Lokasi: Green Cow, No 75, Batu 43, Brinchang, 39100 Cameron Highlands
Waktu beroperasi: 8 pagi hingga 7 petang
Bayaran masuk: Percuma





Check Point 5 : Back 2 School 
Di sini kita akan collect cash sebagai pembayaran bas, kalau tak silap dalam RM5.00 seorang. Harap maklum, Tour Leader akan berikan keutamaan tempat duduk kepada warga emas, ibu mengandung atau kanak-kanak. 


Time ni la nak mengimbau kenangan pergi sekolah naik bas, bersesak-sesak penuh satu bas, huhu.. Cik Shida dulu selalu kejar bas, so selalu berdiri depan-depan sebab belakang dah penuh. Kadang kalau sampai awal dari orang lain, still duduk depan jugak, borak-borak dengan Pak Cik Din atau Abang Zuki.. alamak, betul-betul pulak terimbau kenangan masa sekolah masa typing entry ni, hikhik..





Check Point 6 : Ladang Teh Boh | RM5.00 DEWASA | RM3.00 KANAK-KANAK
Tetamu boleh menikmati secawan teh panas dan slice kek /mee hoon singapore yang lazat di sini. Jangan lupa beli green tea serta berjanam-janam di Ladang Teh Boh ini. Untuk sampai ke sini hanyalah boleh menaiki kenderaan sdn bhd atau bas sekolah sahaja. Bas persiaran kita dr KL Sentral tak mampu masuk sini.



Tetamu akan menaiki semula bas sekolah tersebut selepas sejam di ladang teh boh dan turun semula di Bee Farm di mana tempat bas parking untuk ke destinasi seterusnya.


Check point 7 : KEA FARM

Kalau hari minggu, pasar ini memang penuh. Pasar yang wajib singgah kalau berada di Cameron Highlands! Tempat di mana tetamu digalakkan shopping sehingga duit habis nak cari akar kayu, bunga mawar, bunga hati atau nak borong strawberry sinilah tempatnya. Pandai cakap minta borong mesti dapat murah-murah. Terletak berdekatan Hotel Copthorne, anda boleh dapatkan hasil terbaik sayur-sayuran, buah-buahan, bunga dan cenderamata di pasar ini.

Jangan lupa shopping jagung manis, keledek manis, dan strawberry yang manis semuanya fresh dan manis. Jika ada tetamu yang berhasrat nak beli sayur bagai sila bawa beg IKEA lagi memudahkan untuk mengangkut barang kerana kat sana tak pakai plastik sempena kempen sayangi bumi. Seperkara lagi, jangan lupa untuk cuba aiskrim kat sini pun sedap. Apa sahaja aiskrim strawberry pasti sedap. Nyum Nyum...

Lokasi: Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang, Malaysia
Waktu beroperasi: Awal pagi - lewat petang
Bayaran masuk: Percuma




Check Point 8 : Cactus Valley

Ladang kaktus ini terletak di tengah pekan Brinchang. Dari jalan besar, belok kiri selepas Hotel Star Regency dan anda akan berjumpa tempat cantik ini. Peminat kaktus, bunga-bungaan dan pokok hiasan dari pelbagai jenis, saiz dan warna boleh datang sini untuk membeli bunga dan bergambar. Jika nak ke tandas bolehlah menggunakan tandas di sini yang lebih selesa untuk para tetamu/pengunjung.

Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.
Waktu beroperasi: 8 pagi - 6 petang
Bayaran masuk: RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak)





Check point 9: Pekan Berinchang 
Solat/lunch/shopping jika nak shopping tempat jarak parking bas dengan kedai makan 200 meter mohon highlight lagi2 hujan sebab bas tak dapat nak parking sesuka hati dan adalah digalakkan tetamu bawa baju hujan dan payung (jika musim hujan) sebab kawasannya menurun ke bawah berbukit sedikit agak bahaya jika hujan.



Makanan - foodcourt Tour Leader akan info
Masjid - kayangan berinchang ada telekung dan lengkap semuanya. Sila bawa diri sahaja.


Check point 10 : MARDI | RM6.00 DEWASA | RM4.00 KANAK-KANAK
Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands ini merupakan pusat pelancongan yang terkenal di Cameron Highlands dikalangan pelancongan luar dan dalam negara. Cantik sungguh mereka uruskan tempat dan kawasan ini. Sedap mata memandang.

Taman ini sebenarnya adalah stesen penyelidikan tertua MARDI di negara ini dan dek kerana Cameron Highland adalah destinasi pelancongan yang popular, MARDI telah mengikuti idea untuk mengubahnya menjadi Taman Agroteknologi.







Perkara yang best di sini adalah pemandangan taman bunga yang sangat CANTIK serta taman strawberry cuma larat x larat sahaja sebab tetamu waktu nie dah hbis cash dan letih, huhu.. so, keep your money untuk destinasi terakhir ni tau.

Wajib cuba Aiskrim strawberry dia adalah ais krim paling sedap di antara ais krim yg ada di Cameron Highlands ni. 


Ini adalah last tempat menarik destinasi para tetamu sebelum pulang ke Kuala Lumpur.


Check Point 11 : Rnr Tapah
Di sini tetamu akan singgah solat/bersihkan diri dan dinner.




Mesin ATM pun ada, boleh sambung shopping sini beli keropok jajan untuk buah tangan ^_^
Kemudian, kita akan terus pulang ke KL Sentral. Masa ketibaan dijangka sampai dalam pukul 10.00 malam. :raised_hands:




Datang dengan harapan, pulang dengan senyuman, eh! =D

Pada yang berminat dengan pakej Cameron Highland ni boleh la menghubungi shida di:

www.wasap.my/60134057520/CH_daytrip

Wan Nurshahida Bt Wan Zulkifli
BKH-08-024-SYIDA
Agent sah Bahtera Kembara Holidays
#teambahterakembaraholidays #bahterakembaraholidays #teamaisyah
#travelmurahmurah #byshahidazulkifli #senyumsokmo

Comments